Pakir yg mesra pengguna

Parkir PERCUMA dan praktikal adalah amat melegakan rakyat.

2023.01.20(Jumaat)

🇲🇾 Sejak pakir berbayar menjadi satu finomina (phenomenon) di negara kita, ia banyak mencetuskan kesusahan kepada rakyat. Objektif pemilik atau pengusaha lot-lot atau kawasan pakir adalah keuntungan semata-mata, bukannya untuk memberi apa-apa kemudahan kepada pengguna (rakyat). Aktiviti pengutipan caj pakir sebenarnya tidak menyumbang apa-apa pun kepada pembangunan dan kemajuan negara, malah mungkin sebaliknya.

Pengusaha lot-lot pakir tahu bahawa aktiviti mereka adalah dengan mendapat sokongan kerajaan. Kerajaanlah yang akan bertindak keatas pengguna yang gagal membayar caj pakir kepada mereka. Sedangkan gaji penguatkuasa kerajaan adalah juga dibayar daripada dana awam. Ini bermakna, pengguna dipaksa membayar cukai tambahan oleh kerajaan melalui pengusaha-pengusaha lot pakir berbayar.

Mujur juga setakat ini warga bandar PJU10, Petaling Jaya masih boleh lagi menikmati lot-lot pakir percuma di seluruh bandar tersebut. Harap-harap biarlah kerenah membayar caj pakir tidak dilaksanakan di mana-mana lokasi di kawasan bandar Acik tinggal itu. Namun, di bandar Kota Damansara yang berjiran dengan bandar PJU10 telahpun dilaksanakan caj pakir.

Tak berbaloi kenakan caj pakir

Semalam Acik berkunjung ke Cameron Highlands. Acik agak terkilan bila membaca notis-notis yang mewajibkan pelancong-pelancong membayar caj pakir. Jika di bandar Kota Damansara pun Acik rasa caj pakir tak wajar dikenakan, apa lagi di Cameron Highlands. Ini kerana, ia menyusahkan pelancong mencari ticket pakir untuk dipamerkan di kereta masing-masing.

Selama Acik tinggal di CH (Cameron Highlands) dahulu, lot-lot pakir adalah percuma. Malangnya bilangannya ketika itu sering saja tidak mencukupi untuk pengunjung-pengunjung CH yang semakin ramai. Pertambahan pelancong itu merupakan rahmat kepada warga CH. Ia menambahkan rezeki mereka, terutamanya melalui aktiviti perniagaan dan penyewaan tempat-tempat penginapan.

Kemasyhuran CH sebagai satu destinasi pelancongan sejak puluhan tahun dahulu tidak dapat dinafikan lagi. Pelancong merupakan tertamu kepada CH. Manakala MDCH (Majlis Daerah Cameron Highlands) pula merupakan tuan rumah. Sejajar dengan ajaran Islam, maka pelancong haruslah dilayan dengan sebaik mungkin oleh MDCH.

MDCH haruslah berusaha menambahkan segala kemudahan yang diperlukan pelancong. Itulah caranya agar CH terus kekal sebagai destinasi pelancongan yang unggul dan popular. Maka di sinilah timbulnya kepentingan penambahan bilangan lot-lot pakir di semua lokasi popular di dalam daerah CH.

Syabas kepada MDCH kerana telah berjaya menambahkan bilangan lot-lot pakir sepertimana diperlukan. Namun, dengan mengenakan caj pakir, ia telah mencacatkan kebaikan yang telah berjaya dilakukannya itu. Akibat caj pakir yang dikenakan itu, pelancong disusahkan dengan satu kerenah yang tak sepatutnya mereka alami semasa bersantai di CH.

Acik percaya, membayar caj pakir bukanlah satu beban kewangan bagi setiap pelancong yang mampu melawat CH. Tetapi yang menjadi kesusahan bagi mereka ialah kerenah untuk membuat bayaran caj pakir tersebut. Untuk membeli tikit pakir mereka terpaksa bertanya ke sana sini tentang kedai yang menjualnya.

Supaya tidak menjejaskan keselesaan pelancongpelancong, Acik cadangkan supaya MDCH memansuhkan sahaja caj pakir di seluruh daerah CH. Memadailah saja dengan pendapatan yang ia perolehi dari berbagai sumber lain. Melalui pembelian-pembelian yang dilakukan pelancong di CH dan penyewaan tempat-tempat penginapan mereka di CH, pelancong sebenarnya telahpun menyumbang secukupnya (secara tidak langsung) kepada MDCH. Oleh yang demikian, MDCH tak payahlah berkira sangat kepada pelancong-pelancongnya.

Kereta yg dipakir seperti dlm video ini akan mendedahkan orang ramai kpd gas beracun (carbon monoxide).

Wallahua’lam 🍓

PenCERAHan yg popular ⬇️

ECRL pemangkin pembangunan pantai timur SM https://shalleducate.wordpress.com/2022/07/21/ecrl-pemangkin-pembangunan-pantai-timur-sm/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Nostalgia di Cameron Highlands https://shalleducate.wordpress.com/2022/09/30/nostalgia-di-cameron-highlands/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Jumlah kutipan drpd caj pakir berbayar mungkin tak setimpal dgn kerenah yg terpaksa pelancong alami.

Pembaziran itu satu sumber

Objek-objek yg berguna masih boleh diperolehi drpd pembaziran yg berlaku.

2023.01.08(Ahad)

🇲🇾 Semua benda atau objek mesti ada sumbernya. Sungai misalnya, adalah sumber bagi air. Oleh sebab di dalam sungai juga ada ikan, maka sungai juga adalah sumber bagi ikan. Dengan perkataan lain, di mana sesuatu objek itu boleh diperolehi maka di situlah sumbernya.

Agama Islam melarang umatnya membazir. Pembazir adalah kawan syaitan mengikut tafsiran Islam. Oleh yang demikian setiap umat Islam haruslah mengelakkan diri daripada melakukan sebarang pembaziran. Bukan saja melakukan pembaziran terhadap sesuatu yang berharga dan susah diperolehi, malah yang percuma pun dilarang daripada membazir.

Contohnya, Islam melarang membazirkan air walaupun bagi tujuan berwudhu’ atau mengambil air sembahyang. Larangan di sini bukanlah bermakna haram, tapi makruh. Maksud makruh ialah memperolehi pahala bagi orang yang tidak melakukannya. Dengan kata lain sunat menjimatkan air bagi melakukan wudhu’. Hatta jika berwudhu’ di tepi sebatang sungai sekali pun adalah sunat menjimatkan air.

Kalau air sekali pun umat Islam dilarang membazir, apa tah lagi objek atau benda-benda lain yang lebih berharga dan susah diperolehi. Contohnya makanan yang dibuang akibat sifat tamak kita. Semasa nak mengambil makan di sebuah hidangan buffet misalnya, kita mengambil makanan dengan banyaknya. Kemudian makanan tersebut tak habis dimakan. Bukankah itu satu pembaziran maknanya ?

Bayangkanlah betapa susahnya nak menyediakan makanan yang dihidangkan di atas sebuah meja. Nasi yang di hidangkan itu adalah bermula daripada usaha pesawah yang bersusah payah menanam PADI. Kemudian PADI tersebut diproses menjadi BERAS. Kemudian BERAS itu dimasak sebelum menjadi nasi. Berbagai alat masakan yang perlu digunakan bagi menjadikan BERAS yang keras itu NASI yang sedap lagi mengenyangkan.

Begitulah juga dengan lauk pauk yang dihidangkan di atas meja yang sama. Ikan yang tangkap di lautan dan ayam yang diternak di reban. Semuanya itu berjaya dimasak menjadi hidangan adalah dengan susah payah berbagai pihak. Setelah menjadi makanan, tiba-tiba sebahgian daripadanya dibazirkan atau dibuang kedalam tong sampah.

Walaupun ada juga makanan yang tak habis itu diberi kepada binatang ternakan, namun ia bukanlah statu justifikasi yang boleh digunakan untuk mengharuskan pembaziran makanan tersebut. Makanan untuk bintang ternakan patut diambil daripada sumber lain yang berbaloi dengan kosnya, bukan diambil daripada sisa-sisa makanan manusia yang mengamalkan pembaziran makanan.

PemBAZIRan itu sumber kakayaan

Jika difikirkan dengan mendalam, nescaya kita akan dapati bahawa pemBAZIRan itu adalah sumber berbagai-bagai unsur kekayaan. Cuma cara meraih unsur tersebut taklah sepertimana meraih jus limau atau jus epal daripada buahnya.

Cara meraih unsur (elemen) kekayaan daripada pemBAZIRan adalah dengan melakukan penJIMATan. Maksudnya ialah dengan menggunakan sesuatu bahan itu dengan sepenuhnya, tanpa meninggalkan sisanya atau tanpa menSIA-SIAkan sebahgian daripadanya. Misalnya membeli makanan, tidaklah sampai tak habis makan. Penjual makanan pula tidaklah menawarkan makanan jualannya secara berlebihan hingga tak habis dijual. Setelah basi ianya dibuang begitu saja.

Dengan lain-lain perkataan, unsur-unsur kekayaan di dalam pemBAZIRan itu boleh diraih dengan tindakan proaktif. Ini dilakukan dengan membuat perancangan yang rapi mulai daripada langkah pertama penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan bagi memenuhi sesuatu keperluan.

B e r s a m b u n g ….. … .

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: hebatnya ketua pembangkang https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/20/politik-hebatnya-ketua-pembangkang/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Agama: hargailah air sebaik mungkin http://4uni2c.com/2020/11/21/agama-hargailah-air-sebaik-mungkin/

If a litre is enough, a gallon is a waste http://4uni2c.com/2013/07/26/4uni2c-13726b-if-a-litter-is-enough-a-gallon-is-a-waste/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Banyak elemen² berguna yg boleh diperolehi (diselamatkan) drpd pengHAPUSan pemBAZIRan.

Judi: Tahniah kpd Kedah.

Kerana “ILLEGALISE” kan JUDI, InsyaAllah rakyat Kedah akan murah REZEKI.

2023.01.06(Jumaat)

🇲🇾 Judi tetap haram. Samada ia di-legalised ataupun tidak, dalam Islam judi tetap haram. Malah judi yang tak legal statusnya bukan setakat haram saja bahkan HARAM JADAH. Tahniah Kedah ! Tahniah Kedah ! Tahniah atas kejayaan menamatkan suatu aktiviti yang haram jadah di seluruh negeri Kedah.

Syabas ! Syabas ! kepada permerintah negeri Kedah. Lebih-lebih lagi syabas kepada majoriti rakyat Kedah kerana mengangkat pemimpin yang anti haram jadah dan anti rasuah. Sebenarnya dalam sistem politik demokrasi, pemimpin itu adalah manifestasi rakyat.

Pemimpin itu manifestasi rakyat https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/21/pemimpin-itu-manifestasi-rakyat/

B e r s a m b u n g …..

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: hebatnya ketua pembangkang https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/20/politik-hebatnya-ketua-pembangkang/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Tipu itu satu strategikah ?https://shalleducate.wordpress.com/2022/05/13/tipu-itu-satu-strategikah-2/

PRU15: konspirasi TIPU pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

YAB DS Muhammad Sanusi Md Nor MB Kedah.

Antara babi dan ayam

https://m.malaysiakini.com/news/650217

Babi juga penting, sama macam ayam dan telur kalau pun tidak lebih drpd itu.

2023.01.04(Rabu)

🇲🇾 Tajuk berita tentang babi hari ini amat menarik perhatian ramai. Ia menunjukkan betapa pentingnya babi di Malaysia. Tapi sejak berkurun-kurun lamanya majoriti rakyat Malaysia (termasuklah Acik sendiri) tidak sedar. Namun, apabila PH menjadi kerajaan barulah majoriti rakyat Malaysia sedar akan kepentingan babi di dalam negara mereka.

Yang menjadi bukti bahawa babi itu sangat penting ialah kesanggupan KP (Kerajaan Perpaduan) membincangkan isu babi dalam mesyuarat kabinet. Bukan saja dibincang, malah dipromosi pula berita keprihatinan kerajaan terhadap bekalan babi. Bekalannya biarlah dijamin mencukupi menjelang perayaan Tahun Baru China pada 2023 Januari 22 nanti. Berikut adalah ulasan Prof. Dr. Redhuan Tee tentang isu babi itu ⬇️

C & P : Dr.Redhuan Tee

Antara telur, ayam dan babi

Dalam keadaan kesukaran mendapat telur untuk dimakan, begitu juga dengan kenaikan harga semua barangan asas, seperti ayam, bawang dan sebagainya, tiba-tiba kita dikejutkan dengan keputusan untuk stabilkan harga babi, dengan membawanya ke cabinet.

Begitulah besarnya kuasa babi, sehingga dibincangkan di kabinet. Wal hal berapalah sangat pemakan babi, berbanding dengan pemakan ayam, daging lembu dan sebagainya.

Kenapa suara babi begitu ditakuti dalam sebuah negara Islam, sedangkan kita masih bertarung dengan ketiadaan telur, kenaikan harga telur dan ayam.

Teramat malang lagi, bila mendengar jawapan untuk stabilkan harga telur dan ayam, jangan makan telur dan ayam.

Inilah nasib Melayu di bumi Melayu

Makanan asasinya tidak terdarjat, makanan yang haram terangkat darjatnya, hanya kerana ultra kiasu.

Kita sedia maklum, ultra kiasu inilah juga yang mengangkat pemimpin hari ini sehingga berkuasa, tetapi berpada-padalah dalam soal menjaga kepentingan mereka.

Selama ini, kita sudah menjaga mereka, ibarat menatang minyak yang penuh.

Masih ingat lagi artikel saya sebelum ini, babi eksport, lembu import. Negara ini tidak terkenal sebagai pengeksport lembu yang menjadi makanan majoriti, tetapi terkenal dengan pengeksport babi yang menjadi makanan minoriti.

Inilah yang telah saya bangkitkan selama ini, Melayu menjadi minoriti dalam majoriti.

Ini belum bercakap lagi soal Pendidikan, kita begitu beriya-iya untuk mengubah sistem pendidikan Islam, seperti SRITI, tetapi pendidikan vernakular langsung tidak disentuh.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02dDJ97oZZB3yYHBZRvs7XXMcHdCfeAbQV8B9iAvGkT4ptAVdUNwggw4wrLq5Wh8xCl&id=100044598859584&mibextid=Nif5oz

B e r s a m b u n g ….. …. ..

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: hebatnya ketua pembangkang https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/20/politik-hebatnya-ketua-pembangkang/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Isu Babi di Tasek Gelugor https://shalleducate.wordpress.com/2022/09/17/isu-babi-di-tasek-gelugor/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️.

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Politik: Kenapa masa PMX ?

Sebelum ini MAIPP tak pernah dengar pula PECAT mana-mana AJK masjid dlm PP.

2023.01.02(Isnin)

🇲🇾 Tindakan MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) dan JAIPP (Jabatan Agama Islam Pulau Pinang) memecat Pengerusi (dan timbalannya) Khariah Masjid, bagi 12 buah masjid di negeri PP (Pulau Pinang) sudah tentulah mencetuskan berbagai reaksireaksi negatif. Bukan oleh AJK masjid-masjid yang terlibat saja, bahkan AJK majoriti masjid-masjid lain. Bukan masjid-masjid di dalam negeri PP saja bahkan majoriti masjid-masjid di seluruh Malaysia.

Bagi Acik, tindakan draktik oleh MAIPP itu adalah simptom penyakit anti demokrasi. Sudah barang tentu penyakit itu berpunca daripada pihak atasan yang menerajui pemerintahan negara. Apabila di peringkat atasan, demokrasi tidak lagi dihormati apa nak hairan jika ianya berlaku di peringkat bawahan.

Sebuah peribahasa Melayu ada sebut, “jika guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari”. Pengurusan di peringkat negara adalah ibarat guru. Manakala pengurusan di peringkat Majlis atau Jabatan adalah umpama murid-murid.

Menggunakan masjid bagi kepentingan politik kepartian bukan sahaja memberi kutbah atau kuliah agama yang berbaur politik. Lebih teruk lagi ialah menggugurkan AJK Khariah mana-mana masjid dengan menggunakan kuasa eksekutif di peringkat negeri atau persekutuan. Inilah yang dilaporkan telah berlaku di PP baru-baru ini.

Acik percaya, apa yang telah dilarang oleh DYMM SPB YDA dalam video berikut adalah merangkumi penyalah-gunaan kuasa bagi menggugurkan AJK Khariah Masjid yang menjadi penyokong parti lawan. Perkara yang disebut oleh YDA itu telah benar-benar berlaku di PP negeri kelahiran Acik. Ia juga negeri kelahiran PMX.

Menjadikan masjid sebagai gelanggang politik ? Parti pembangkang tak kan berani kut.

Dalam awal 80an Acik pernah menjadi Setiausaha Khariah Masjid di kampung Acik. Semua orang kampung tahu bahwa ayah Acik penyokong tegar PAS. Tentulah mereka boleh agak bahwa Acik juga penyokong PAS. Sedangkan Pengerusi Khariah pula ialah penyokong tegar UMNO. Namun tak tidak berlaku pun kekecohan macam sekarang.

Acik masih ingat ketika itu PMX sekarang masih Presiden ABIM yang bergelar Saudara Anwar Ibrahim. Masa beliau menyampaikan ceramahnnya di masjid kampung Acik itu, Aciklah yang menjadi juru acara majlis ceramah tersebut. Dan kerajaan negeri PP pula ketika itu di bawah pentadbiran BN.

Agaknya sebab DAP menjadi pemerintah PP lah kut maka masjid pun depa nak kawal. Masa depa pegang kementerian kewangan selama 22 bulan selepas PRU14 dahulu, kepentingan umat Islam dalam Tabung Haji pun depa menyebok. Apakah benar umat Islam yang menjaga Tabung Haji merugikan Tabung Haji hingga orang bukan Islam perlu masuk campur dalam pengurusan Tabung Haji ?

Mujur juga DAP baru perintah satu negeri. Kalau depa dapat perintah beberapa buah negeri lagi lepas PRN nanti, tak taulah Acik apa nak jadi dengan hak-hak umat Melayu yang lain. Dahulu depa tak berani sangat sebab tak ada orang kuat Melayu yang menjadi ayam tambatan mereka. Tapi sekarang dah ramai, hatta PMX pun termasuk sekali.

Bila masjid pun nak diruntuh ! http://4uni2c.com/2019/08/05/bila-masjid-pun-nak-diruntuh/

Semoga PN menang PP dlm PRN ni

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: menafikn realiti ?https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/29/politik-menafikan-realiti/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PRU15: realiti yg menanti DAP ?https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/10/31/pru15-realiti-yg-menanti-dap-%e2%9d%93/

Hospitaliti Melayu wajar dihayati https://shalleducate.wordpress.com/2022/07/24/hospitaliti-melayu-wajar-dihayati/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Politik: menafikan realiti ?

Kalau buat baik pun biarlah berpada-pada…. Janganlah ibarat, “kera di hutan disusui, anak di riba diletakkan ; dagang lalu ditanakkan, suami pulang kelaparan”

2022.12.29(Khamis)

🇲🇾 Acik berkongsi pandangan dengan beliau yang bercakap di dalam video di atas. Mungkin itu manifestasi bahawa orang Melayu memang sangat menghormati tetamu. Sejak zaman berzaman lagi, itulah ciri-ciri orang Melayu agaknya. Kerana sikap yang sedemikianlah agaknya, maka Tanah Melayu dahulu didatangi oleh berbagai-bagai pendatang. Dan cucu-cicit mereka kekal di negara kita sehinggalah sekarang.

Seletelah negara ini tidak lagi dipanggil Tanah Melayu, status orang Melayu sebagai Bumiputera mulai cair. Bukan saja cucu-cicit pendatang saja yang kurang mengiktiraf Melayu sebagai penduduk asal negara ini, bahkan di kalangan anak-anak Melayu sendiri pun dah ramai yang tidak lagi menghargai status tersebut.

Acik tak hairan jika yang kurang menghormati status itu adalah cucu-cicit pendatang. Tapi yang Acik hairan bila anak-anak Melayu sendiri pun sama. Malah ada yang lebih daripada itu. Asal sebut saja nak pertahankan hak Melayu, terus dilabelnya perkauman. Terus mengangkat suara membela kaum pendatang atas justifikasi keadilan dan hak asasi kemanusiaan.

Seolah-olah ibubapa mereka yang cuma mempertahan pusaka nenek moyang mereka itu tidak tahu apa yang dikatakan keadilan dan hak asasi kemanusiaan. Dengan lain-lain perkataan seolah-olah mereka itu zalim kepada bangsa-bangsa lain hinggakan mengklasifikasikan mereka sebagai pendatang.

Seyugialah Acik terangkan di sini bahawa, sebenarnya ibubapa mereka telah cukup adil kepada pendatang. Malah, sejak mereka belum lahir ke bumi Malaysia lagi ibubapa mereka telah pandai membezakan antara adil dan zalim. Malah, demi kebajikan anak-anak cucu merekalah maka pendatang telah dilayani dengan cukup baik (malah istimewa) sejak begitu lama.

Sebagai buktinya, anak-anak pendatang asalkan beragama Islam (yang berpotensi memberi kebaikan kepada umat Melayu), diterima menyertai organisasi terbesar Melayu iaitu UMNO. Bukan sekadar menjadi ahli biasa saja, bahkan ada yang menjadi Perdana Menteri. Contohnya PM ke-4 dan Ke-7 bapanya pendatang dari benua India. Begitu juga dengan PMX yang datuk beliau pendatang dari benua yang sama. (mohon maaf jika Acik silap beri contoh).

Hospitaliti Melayu wajar dihayati https://shalleducate.wordpress.com/2022/07/24/hospitaliti-melayu-wajar-dihayati/

Sejajar dengan ajaran agama Islam yang dianuti dan dipraktik oleh umat Melayu sejak ratusan tahun yang lalu, Melayu sangat mera’ikan tetamu. Melayu juga amat bersangka baik terhadap pendatang yang dianggap sebagai tatamu yang tidak diundang. Malah terhadap yang seagama dengan mereka, umat Melayu melayani mereka dengan lebih istimewa lagi. Ini agaknya yang mencetuskan rasa cemburu atau rasa kecil hati di kalangan umat Melayu kepada layanan seumpama itu.

Natijah daripada rasa negatif tersebut maka lahirlah ungkapan berikut, “ibarat kera di hutan disusui, anak di ribaan diletakkan ; dagang lalu ditanakkan, suami pulang kelaparan”. Ungkapan ini cuba menggambarkan sikap keterlaluan yang diberi oleh setengah umat Melayu kepada pendatang.

Kera di hutan adalah analogi bagi seorang bayi orang asing. Manakala dagang adalah juga analogi bagi seorang asing. Walaupun beliau hanya pedagang yang melalui jalan yang di hadapan rumah kita, namun untuknya beliau dimasakkan nasi (ditanakkan) dan dihidangkan. Sedangkan terhadap suami sendiri tidak pula dilayani sebegitu rupa.

Sebenarnya itu bukanlah cara Islam menuntut umatnya melaksanakannya kebajikan. Kebajikan pun ada had dan susunan atau tertib keutamaan. Sama macam mengambil wudhu. Yang dahulu wajib didahulukan, yang kemudian wajib dikemudiankan. Hak ibubapa mengatasi hak orang lain kecuali jika tuntutan mereka itu menyanggahi syarak.

Ketetapan syarak wajib dipatuhi oleh setiap insan yang meyakini bahawa dirinya adalah Muslim. Berurusan dengan ibubapa ada adab kesopanannya yang wajar dihormati. Ya betul, kita mungkin berpendidikan lebih tinggi daripada mereka sebab kita ada PhD. Mereka sekadar ada STPM saja. Tapi tanpa sokongan dan doa ikhlas mereka mampukah agaknya kita mencapai kejayaan yang mengatasi mereka ?

Acik ada juga berjumpa dengan anak-anak muda Melayu yang mengutamakan kepentingan rakan-rakan mereka yang bukan Melayu lebih daripada yang Melayu. Sedangkan anak-anak muda Melayu itu menerima bermacam-macam kemudahan yang disediakan khusus untuk anak-anak Melayu. Sebagai contoh, mereka dapat memasuki SBP (Sekolah Berasrama Penuh) adalah kerana status mereka sebagai umat Melayu.

Ramai juga anak-anak Melayu dapat belajar di luar negara atas pembiayaan MARA. Tujuan ditubuhkan MARA adalah semata-mata untuk membantu anak-anak Melayu yang berpotensi berjaya atau maju. Ramai anak-anak Melayu yang berbakat (berpotensi) untuk berjaya dalam bermacam bidang. Tapi malangnya mereka sangat memerlukan bantuan.

Terutamanya dalam bidang akedemik dan kemahiran yangmana tanpa agensi kerajaan seperti MARA, mereka tidak akan berjaya.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: hebatnya ketua pembangkang https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/20/politik-hebatnya-ketua-pembangkang/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PPRU15: nasihat buat k’jaan DSAI https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/12/ppru15-nasihat-buat-kjaan-dsai/

Politik: demi keadilan bukan jawatan https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/26/politik-demi-keadilan-bukan-jawatan/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Kenapa ada “DOUBLE STANDARD” ?

Politik: pembunuh parti & demokrasi

ZAHIDkah yg dituduh RAJA sebagai pembunuh itu ?

2022.12.18(Rabu)

🇲🇾 Pada pendapat Acik apa yang disampaikan oleh Yang Mulia Raja Petra di dalam video di atas itu amat jelas lagi rasional. Dalam mana-mana organisasi sosial yang berteraskan prinsip demokrasi, mana-mana jawatan penting dalam organisasi tersebut tidak boleh dikhususkan untuk mana-mana ahli organisasi tersebut.

UMNO tidak terkecuali daripada ciri-ciri utama organisasi tersebut. Bahkan, sebagai organisasi yang menjadi icon di dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi maka UMNO wajar mempraktikkan ciri-ciri demokrasi dengan lebih ketara. Amat malang sekali jika sekiranya UMNO melakukan sebaliknya terhadap ciri-ciri demokrasi tersebut.

Video 2 (Sambungan yg di atas)

Video 3 (Sambungan yg di atas)

Top UMNO posts must be contested ….. https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2022/12/27/top-umno-posts-must-be-contested-for-sake-of-party-country/

B e r s a m b u n g ….. …. …

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: hebatnya ketua pembangkang https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/20/politik-hebatnya-ketua-pembangkang/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PPRU15: PM “by crook ” ? https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/10/ppru15-pm-by-crook-2/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Prinsip demokrasi wajib dipertahankan. “Biar mati anak, jangan mati adat”

Politik: demi keadilan bukan jawatan

Melantik pemimpin yg layak bagi jawatanya adalah keADILan.

2022.12.26 (Isnin)

Contoh berjuang untuk jawatan 👇👇👇https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/10/ppru15-pm-by-crook-2/

Akibat perebutan jawatan, asalnya kawan pun boleh jadi lawan.

🇲🇾 Istilah politik adalah sangat umum (common) bagi kita semua. Namun, persepsi terhadap politik boleh berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Malah ada yang anggap poitik itu negatif sedangkan yang lain tetap anggap politik itu positif, dulu, kini dan selama-lamanya.

Bagi Acik, politik itu adalah suatu hasrat bagi memenuhi aspirasi rakyat sesebuah negara. Manakala parti politik pula adalah alat yang digunakan bagi mencapai hasrat tersebut dalam sistem pemerintahan demokrasi. Dalam sistem pemerintahan monarki dalam zaman kesultanan Melayu di Tanah Melayu sebelum merdeka dahulu, parti-parti politik belum wujud.

Parti-parti politik mula ditubuhkan menjelang kemerdekaan. Tujuannya ialah untuk menawarkan kepada rakyat wadah perjuangan yang berteraskan prinsip demokrasi. Setiap parti mempunyai agenda perjuangannya sendiri. Namun, apa yang menjadi matlamat yang sama ialah bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat jelata di dalam negara ini.

Ideologi yang menjadi teras perjuangan parti agak berbeza antara satu dengan yang lain. Misalnya, PAS (Parti Agama-Islam SeMalaysia) berjuang atas dasar Islam. UMNO (United Malay National Organization) pula berjuang atas dasar Kebangsaan. Manakala DAP (Democratic Action Parti) berjuang atas dasar sosialisma. Tiada parti yang berjuang atas dasar komunisma dibenarkan wujud di Malaysia sehingga kini.

Apa pun juga agenda mana-mana PP (Parti Politik), ianya adalah tertakluk kepada Perlambagaan Malaysia. Contohnya, mana-mana juga PP yang berjaya menjadi kerajaan, hak-hak raja Melayu dan hak keistinewaan Melayu tidak boleh dipersoalkan. Ini yang membuat setengah umat Melayu merasa lega dan tidak teragak-agak untuk memberi mandat kepada PH memerintah negara melalui PRU15 yang lepas.

Walaubagaimana pun, PH gagal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Mau tak mau ia terpaksa bergabung dengan BN dan parti-parti lain bagi menubuhkan kerajaan yang diberi nama KP (Kerajaan Perpaduan). Sungguh pun kerajaan pasca PRU15 itu telah dirasmikan, namun senario politik masih lagi belum tenteram. Ia “ibarat rumah siap, pahat berbunyi”.

Seolah-olah ramai daripada rakyat jelata masih tidak boleh menerima KP. Mungkin selepas selesai PRN (Pilihan Raya Negeri) yang akan diadakan nanti baru semua pihak akan berpuashati dengan KP. Ini kerana PRN itu akan membuktikan bahawa kerajaan PH/BN (KP) benar-benar mendapat mandat rakyat ataupun sebaliknya.

Dari sekarang hingga ke PRN itu, rakyat sedang menilai prestasi dan potensi kerajaan KP (PH/BN). Rakyat akan membuat penilaian samada menteri-menteri dalam KP itu benar-benar berjuang demi keadilan bukan jawatan. Sama-samalah kita perhatikan apakah pilihan majoriti rakyat yang sebenarnya, berdasarkan keputusan PRN yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: hebatnya ketua pembangkang https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/20/politik-hebatnya-ketua-pembangkang/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PPRU15: nasihat buat k’jaan DSAI https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/12/ppru15-nasihat-buat-kjaan-dsai/

Banjir: cabaran getir buat k’jaan DSAI https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/21/banjir-cabaran-getir-buat-kjaan-dsai/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Beliau ini dipecat drpd jawatan parti kerana mengkritik pemimpin partinya.

Banjir: hikmah dlm musibah

Senario banjir besar di negeri-negeri pantai timur, Semenanjung Malaysia.

2022.12.24(Sabtu)

🇲🇾 Banjir bukanlah isu baru. Banjir menjadi isu sejak hutan diperkosa. Sejak balak menjadi eksport terbesar negara, agaknya. Sejak rasuah menjadi perkara biasa di dalam pentadbiran negara, agaknya. Sejak Acik mula berkhidmat dengan agensi kerajaan yang mengawal eksport kayu negara agaknya. Wallahua’lam…….

Banjir kini telah menjadi FENOMINA tahunan. Kalau dahulu jarang kita dengar berita tentang banjir, tapi sekarang hampir tiap-tiap tahun ada saja kawasan yang dilanda banjir. Ada saja pihak yang menanggung kerugian. Bukan saja di kampung-kampung ibu kota pun tidak ketinggalan. Tak cukup banjir bermusim, banjir kilat pula menambah angkara.

Yang agak menghairankan Acik, tak adakah usaha daripada pihak berkuasa berkenaan untuk mengurangkan kejadian banjir. Kalau ada, mengapa pula kejadian banjir makin bertambah bilangannya dari tahun ke tahun. Yang sebelum ini kecil saja, kenapa yang berikutnya menjadi lebih besar pula.

Acik tak nafi bahawa ada pihak yang mengaut keuntungan pasca banjir melanda. Mereka adalah peniaga-peniaga peralatan rumah tangga. Setiap peti sejuk yang laku dijual pasca banjir ada untungnya. Setiap kereta yang rosak, ada untungnya bagi pemilik bengkel membaiki kenderaan. Begitu juga dengan pembuat dan penjual perabut dan lain keperluan hidup.

Tapi adakah itu caranya kita mengembangkan aktiviti ekonomi rakyat jelata. Yakni membiarkan rakyat yang susah sentiasa diancam dengan kesusahan setiap tahun. Dalam masa yang sama peniaga-peniaga berpeluang mengaut untung lumayan di atas kesusahan mereka ?

Peranan anggota masyarakat membantu mangsa-mangsa

Mari kita pakat muhasabah, apa kesilapan kita hingga banjir menjadi FENOMINA di negara kita.

Peranan agensi kerajaan membantu mangsa-mangsa

Kerajaan Persekutuan patut melaksanakan projek MEGA pencegahan banjir ASAP.

Sampai bila banjir terus melanda?

Banjir: sampai bila ❓ https://shalleducate.wordpress.com/2021/12/26/banjir-sampai-bila/

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: hebatnya ketua pembangkang https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/20/politik-hebatnya-ketua-pembangkang/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Banjir INDEX 🔽🔽🔽🔽 https://4uni2c.wordpress.com/2015/01/26/banjir-index/

Banjir: mana pencegahannya ?https://4uni2c.com/2014/12/26/banjir-02-mana-pencegahannya/

Banjir: pemimpin wajar pohon maaf http://4uni2c.com/2015/01/08/banjir-06-pemimpin-wajar-pohon-maaf/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

“Kalau rakyat tinggal di tempat-tempat TINGGI maka tak kenalah banjir”. MoS: jangan suka salahkan KERAJAANAJAR.

Banjir: cabaran getir buat k’jaan DSAI

Amat berbaloi laksanakan Projek MEGA utk hadapi fenomina banjir

2022.12.21 (Rabu)

🇲🇾 Banjir besar di pantai timur, Semenanjung Malaysia datang lebih awal kali ini. Sebelum ini ia berlaku dalam tahun 2014. Iaitu 10 tahun selepas banjir besar yang berlaku pada tahun 2004. Tapi kali ini banjir besar berlaku sebelum genap 10 tahun daripada banjir besar sebelumnya. Ia berlaku dua tahun lebih awal daripada tahun 2024. Mungkin ada hikmahnya.

Hikmah yang tercetus di dalam minda Acik ialah, banjir menyedarkan kerajaan baru tentang fenomina banjir di dalam negara. Acik kata banjir itu sebagai satu fenomina ialah kerana ia berlaku hampir tiap-tiap tahun. Cuma tahap kemusnahannya saja yang berbeza bagi tahun yang berbeza.

Kata peribahasa Inggeris, “new broom sweeps clean“. Kerajaan baru bolehlah juga dianggap sebagai new broom kut. Mudah-mudahan dengan kerajaan baru ini, semua mangsa banjir di seluruh negara akan merasa lega. Lega kerana penderitaan mereka akan mulai mendapat perhatian khusus. Dan akhirnya berjaya diatasi di seluruh negeri.

Isu banjir telah banyak Acik tulis dalam blog Acik. Contohnya adalah seperti PenCERAHan berikut, yang Acik tulis pada 2014.12.26. Silalah baca sekiranya berminat.

Banjir: mana pencegahannya ? https://4uni2c.com/2014/12/26/banjir-02-mana-pencegahannya/

Legasi PM Malaysia.

Semua PM yang terdahulu mempunyai legasi masing-masing. Contohnya almarhum Tunku Abdul Rahman dengan PERKIMnya. Almarhum Tun Abdul Razak dengan FELDA nya. Tun Dr. Mahathir dengan Protonnya. Tun Abdullah (Pak Lah) dengan JQAF nya. Dan DS Najib dengan MRT nya. Maka bagaimanakah pula dengan DSAI ?

Mungkin projek penebatan banjir boleh dijadikan legasinya oleh PM ke-10. Jika projek MEGA penebatan banjir dijadikan legasi DSAI, maka Acik percaya ianya akan menjadi legasi yang paling berhargai bagi rakyat jelata, golongan marhaen. Lebih-lebih lagi bagi rakyat di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mereka inilah yang hampir tiap-tiap tahun dalam kebimbangan diancam oleh bencana banjir.

Agar Kerajaan Pasca PRU15 berjaya menamatkan banjir sebagai satu fenomina.

Saluran bantuan banjir

Video berikut memudahkan dermawan-dermawan yang ingin menyumbang kepada mangsa-mangsa banjir. Sila hubungi pihak berkenaan bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. Semoga sumbangan kita (walaupun sekadar RM10 seorang) diberkati Allah untuk diri kita dan mereka yang menerimanya.

Selamat menderma ❗

Kerugian akibat banjir

RM36.017b kerugian akibat banjir dari 2002 hingga 2010. Kerugian dari 2011 hingga 2023 mungkin jauh lebih tinggi.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular

Politik: hebatnya ketua pembangkang https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/20/politik-hebatnya-ketua-pembangkang/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Banjir: pemimpin wajar pohon maaf http://4uni2c.com/2015/01/08/banjir-06-pemimpin-wajar-pohon-maaf/

Banjir: mana pencegahannya ?https://4uni2c.com/2014/12/26/banjir-02-mana-pencegahannya/

Banjir Index https://wp.me/p1oBkB-67

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://beappreciative.wordpress.com

https://shalleducate.wordpress.com

https://4uni2c.wordpress.com

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

Kerugian harta benda berlaku hampir setiap tahun di negeri-negeri pantai timur akibat banjir.